Pelakon comel, Nora Danish, 36 tahun, telah selamat melahirkan anak lelaki pada awal pagi tadi di sebuah hospital swasta.

Menurut suaminya, Nedim Aziz, memaklumkan bayi diberi nama gelaran Ney Ney selamat dilahirkan menerusi insta story di akaun laman Instagram miliknya pada pagi tadi.

Alhamdullilah. Meet my son Mohamed Neqayl Nedim ?

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

“Syukur Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki. Kami akan tunjukkan wajah Ney Ney tidak lama lagi dan terima kasih atas doa anda semua,” katanya.

IG Nora Danish

Difahamkan, bayi Ney Ney dilahirkan secara pembedahan dan seberat 3 kilogram. Bayi lelaki itu diberi nama Mohamed Neqayl Nedim.

IG Nora Danish

Tahniah buat Nora sekeluarga di atas penambahan ahli keluarga baru! Selamat berpantang dan semoga bayi Ney Ney membesar dengan sihat.

Sumber: mStar