Sempena Jumaat hari yang mulia, pelakon cantik popular, Fasha Sandha, selamat melahirkan bayi perempuan bernama “Baby A” pada awal pagi tadi.

Menurut suaminya, Aidil Aziz, isteri kesayangannya itu telah selamat melahirkan bayi perempuan sulung mereka setelah Fasha dimasukkan ke hospital sejak semalam.

“Alhamdulillah, “Baby A” selamat dilahirkan & sehat. Syukur Ya Allah.
Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga dan teman u berpantang ok,” tulisnya.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan untuk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian. Amin,” sambungnya.

Terdahulu, Fasha Sandha pernah berkahwin dan telah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, tujuh tahun, serta Putri Raysha Jemyma, lima tahun.

Sumber: IG Aidil Aziz