Penyanyi baru, Aiman Tino, menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kerana dia telah menjadi artis Malaysia yang pertama mendapat tontonan muzik video tertinggi di YouTube iaitu lagu Ku Rela Dibenci sebanyak 41.3 juta tontonan.

Jumlah tontonan itu terkumpul sehingga November lalu sejak ia dimuatnaik di Youtube pada Mac tahun lepas.

mediahiburan.my

Setiausaha Akhbar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zulkifli Bujang dan Pegawai Urusan Aries Music, Dexter Koh menyampaikan sijil MBOR itu kepada Aiman dua hari lalu.

“Saya tidak menganggap penghargaan ini sebagai persaingan dengan penyanyi lain. Saya ucap terima kasih kepada peminat kerana sokongan mereka membantu saya mencapai kejayaan ini,” katanya.

Menurutnya, dia berharap pencapaiannya itu menjadi pembakar semangat untuk artis-artis lain berjaya. Tahniah Aiman! Mungkin lepas ini Aiman boleh melebarkan sayap ke negara jiran pula.

Sumber: Harian Metro