Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, telah menimang seorang cucu lelaki hari ini.

Difahamkan, puteri baginda, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah, selamat melahirkan putera sulungnya pada pagi tadi.

Malah, berita gembira itu dikongsikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah, menerusi satu tweet bergambar cucunya itu di Twitter rasmi milik baginda.

Welcome to the world (Selamat datang ke dunia). my grandson no 3 (cucu lelaki beta nombor tiga). Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi. Alhamdulillah,” tulis baginda.

IG suraiya.moiz

Difahamkan, perkongsian gambar itu menjadi perhatian warga laman sosial dan mendapat lebih 1,000 tanda suka dalam masa 30 minit selepas ia dimuatnaik oleh Tunku Azizah. Selain itu, pengguna Twitter turut memberikan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka berdua.

Untuk pengetahuan anda, Tengku Puteri Iman Afzan berkahwin dengan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pada 4 Ogos 2018.

Sumber: Harian Metro