Suami pelakon Gerak Khas, Abby Abadi, iaitu Muhammad Faizal Zakari, berkongsi imbasan ultrasound yang dilakukan terhadap isterinya ketika berada di sebuah klinik, semalam.

Menerusi sebuah perkongsian di akaun Instagram miliknya, Faizal melahirkan rasa syukur selepas doktor mengesahkan kandungan Abby berada dalam keadaan selamat.

“Hari cuti bawah My Love @abby_abadi112 ke Klinik. Pagi tadi ada masalah sikit, berdebar jugak tapi Alhamdullilah semua ok,” tulisnya.

“Makan ubat kena ikut aturan dan banyakkan rehat ya. Terima kasih doktor sebab berikan layanan yang baik tadi (semalam),” sambungnya.

Tahniah kepada pasangan suami isteri romantik ini dan semoga Abby dan bayi dalam kandungan sihat seperti biasa.

Sumber: Astro Awani & Gempak