Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering dijadikan sebagai idola oleh golongan muda yang mahu berjaya sepertinya satu hari nanti.

Bukan saja golongan muda, malah kanak-kanak turut mengagumi keperibadian dirinya hingga menjadikannya sebagai idola.

Peserta Tahfiz Muda, Nurul Syazliana Ayob, 10 tahun, berkata dia mempunyai alasannya yang tersendiri mengapa mahu berjaya seperti Siti Nurhaliza.

“Saya amat mengagumi bakat yang ada pada Siti Nurhaliza dengan pelbagai pencapaian yang diperoleh dalam dirinya,” jelasnya.

“Saya juga berharap suatu hari nanti saya dapat membanggakan ibu dan ayah dengan kejayaan,” tambahnya.

Selain itu, Tahfiz Muda 2017 akan diadili oleh empat orang juri iaitu Ustaz PU Hafiz, Ustaz Don Daniyal sebagai ‘Hakim Munabbih (Hafazan) dan Ustazah Sharifah sebagai ‘Hakim Tilawah & Taranum’ serta Ustaz Zambri sebagai ‘Hakim Tajwid’.

Sumber: Astro Gempak