Bayangkan jika hari bahagia kita hampir tiba dan segala persiapan telah pun siap dibuat namun secara tiba-tiba pengantin lelaki tidak dapat cuti kerja pada saat-saat terakhir.

Itulah yang berlaku kepada kepada seorang wanita dikenali sebagai Badriyah Amir, yang baru saja mendirikan rumahtangga bersama suami tersayang, Syaiful Izwan.

Difahamkan, suami Badriyah tidak mendapat pengecualian latihan Bomba dan mereka mengetahui perkara itu pada saat-saat terakhir sebelum majlis bermula.

Walaupun wanita dikenali sebagai Bad ini terpaksa bersanding seorang diri, namun majlis bersanding tetap meriah dengan kehadiran tetamu dan rakan-rakan serta keluarga pengantin.

“Masa ceq masuk jaa balai, time ni semua tetamu pandang ceq yunk.. semua tertanya-tanya kenapa ceq seorang? mana ang pi?! Sampai laa emcee tu habaq, ang sedang berkhidmat untuk negara.. sebagai anggota bomba, di #akademibombawakaftapai terengganu.. kerana pelepasan ang dibekukan pada last minit,” tulis Bad.

Menurutnya, dia terasa seperti suaminya berada di sisi dan cekalkan hati untuk bersanding seorang diri pada hari bersejarah itu.

Memang kami salute dengan anda kerana tabah dan masih mampu mengukir senyuman manis di saat suami tiada di sisi kerana pergi bekerja demi negara.

Sumber: IG Badriyah Amir