Lumpuh kedua-dua kaki dan berkerusi roda tidak menghalang cinta Amirul Syahmi Mohd Yazid, 25 tahun, terhadap wanita yang baru dinikahinya, Siti Aisyah Zaid, 22 tahun, selepas mereka berkenalan sejak setahun lalu.

Pasangan itu disatukan dalam Majlis Pernikahan Beramai-Ramai anjuran Kelab Kebajikan Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di Institut Pendidikan Guru(IPG) Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor, semalam.

Menurut Aisyah, dia bersyukur kerana suaminya sanggup menerima kekurangan dirinya walaupun sebelum ini dia mempunyai fizikal yang normal seperti orang lain.

“Kedua-dua kaki saya ini lumpuh selepas motosikal yang saya tunggang terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu dan ketika itu saya masih belum berkenalan lagi dengan suami walaupun kami masing-masing tinggal di daerah ini,” ujarnya.

“Kami hanya berkenalan pada tahun lalu secara tidak sengaja melalui permainan video atas talian, Player Unknown’s Battleground (PUBG) pada tahun lalu dan bermula dari situ, hubungan kami bertambah akrab sehingga membuahkan rasa cinta,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian