Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberi cadangan had umur pengundi di negara ini diturunkan hingga umur 18 tahun berbanding had umur sekarang iaitu 21 tahun.

Menurutnya, dia akan berbincang dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mengenai pendedahan proses demokrasi di peringkat sekolah.

cakapsinilah.com

“Saya sasarkan ia mampu dibuat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti. Namun terlebih dahulu kita perlu ada program pendedahan politik kepada golongan muda,” katanya.

Jelasnya, had umur layak mengundi di negara-negara lain bermula umur 17 atau 18 tahun dan syarat itu telah dikuatkuasakan sejak tahun 1960-an lagi.

“Jadi kenapa di Malaysia (ada yang) berpendapat anak muda tak tahu (apa) dan melabelkan mereka ini golongan ‘WeChat’ sahaja,” tambahnya.

Selain itu, dia mencadangkan supaya pendedahan politik diberikan kepada golongan muda dengan lebih banyak usaha untuk melibatkan ramai golongan remaja selain usaha had umur maksimum persatuan belia dikurangkan sehingga umur 35 tahun sahaja.

Sumber: Astro Awani