Pelakon cantik manis, Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28 tahun, teruja untuk melahirkan anak keduanya pada bulan April ini.

Dia teruja dan bersyukur apabila mengetahui bakal mendapat anak perempuan setelah doktor memberitahunya mengenai berita gembira tersebut.

“Ini satu lagi khabar gembira buat saya dan suami. Saya berdoa semoga segalanya dipermudahkan hingga bersalin nanti. Memandangkan anak sulung adalah lelaki, jadi selepas ini kami ada sepasang cahaya mata. Sejak disahkan hamil, saya selalu cakap dengan suami alangkah seronok jika dikurniakan anak perempuan,” jelasnya.

Namun, Syatilla tidak mahu terlalu teruja dan berharap bayi dalam kandungan sihat serta sempurna apabila dilahirkan nanti.

Terdahulu, Syatilla dan Shaheizy Sam mendirikan rumahtangga pada 8 Februari 2016 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan bernama Sheriv Samheizy.

Sumber: Harian Metro