Selepas istiadat angkat sumpah Perdana Menteri ketujuh selesai semalam, ramai yang memberi harapan terhadap kerajaan baru di bawah pimpinan perdana menteri terbaru, Tun Dr Mahathir.

Pengarah filem, Syafiq Yusof, menyuarakan pendapatnya di laman Twitter dengan memohon kerajaan baru dapat memberi kebebasan bersuara untuk pengarah filem berkarya dengan bebas dalam menyentuh isu-isu realiti negara yang selama ini disekat.

“Saya percaya ramai pembikin filem terutama dari golongan org muda mahukan perubahan dalam industri perfileman. Bukan wang atau geran yang kami harapkan, kami mahu hak kebebasan bersuara, perlaksanaan undang2 yg telus dan pembangunan dan kajian dalam memajukan filem Tanah Air,” luahnya.

Dilihat ramai yang setuju dengan cadangan diberikan oleh pengarah muda tersebut. Mungkin ini adalah permulaan bagi pengarah filem tempatan mencipta filem-filem lebih berkualiti untuk peminat filem tanah air jika cadangan ini diluluskan.

Sumber: Twitter @syafiqyusof