Pelakon Janna Nick, 23 tahun, menyambut hari kelahiran ibunya yang ke 44 tahun pada dua hari lalu bersama ahli keluarganya yang lain.

Difahamkan Janna menghadiahkan sebuah kereta mewah buat ibu tersayang kerana mahu berkongsi rezeki yang diterima.

“Hadiah ini tidak seberapa jika dibandingkan jasa dan pengorbanan mak menjaga kami adik-beradik tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ia tanda terima kasih saya kepadanya,” katanya.

Bukan itu saja, wajah jelita ibunya juga menjadi perhatian dan ramai yang memuji kecantikan ibunya yang kelihatan sungguh muda seperti adik dan kakak.

Semoga rezeki Janna sentiasa murah dan sentiasa mengingati keluarga dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Sumber: IG Janna Nick