Wanita bergelar ibu menjadi seorang insan yang paling istimewa dalam hati kita selain ayah. Malah, syurga bagi seorang anak lelaki juga berada di bawah telapak kaki ibu.

Bukan mudah untuk kita cari seorang lelaki yang tidak segan silu mempamerkan kasih sayang terhadap ibu di depan orang ramai.

Pelakon berbakat besar, Syafie Naswip, menjadi bualan warga laman sosial selepas memuatnaik video kejutan buat ibunda tersayang yang berada di hospital semalam.

Ramai yang memuji tindakannya itu yang dilihat agak sweet serta mendoakan ibunya segera sembuh. Beruntung ibunya dapat anak penyayang macam Syafie ini.

Malah, ada yang meninggalkan komen mengatakan Syafie merupakan calon menantu dan suami yang baik. Yela, lihat saja bagaimana layanannya kepada ibunya, nampak begitu penyayang bukan?

Sumber: IG Syafie Naswip