Susu pekat dalam bentuk tiub sangat popular di negara jiran, Thailand, hinggakan ramai rakyat kita akan ‘memborong’ susu pekat tersebut jika melancong ke sana.

thestar.com.my

Baru-baru ini, sempena ulangtahun ke-135 Fraser & Neave Holdings Bhd(F&N), syarikat itu memperkenalkan susu sejat pekat dalam bentuk terbaru iaitu Squeeze Tube dan Milk Stick.

Reka bentuk terbaru ini pastinya akan memudahkan pengguna produk susu sejat menggunakannya tidak kira di mana saja anda berada.

nstp.com.my

Terdapat tiga jenis perisa diperkenalkan untuk pembungkusan terbaru itu iaitu perisa asli susu sejat, strawberi dan coklat.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, F&N akan terus komited menjalankan penyelidikan dan pembangunan demi memastikan produk keluaran syarikat itu bersesuaian dengan gaya hidup masa kini sekaligus memberi pilihan yang lebih sihat kepada pengguna.

Selain itu, F&N turut mengadakan fiesta 5 hari bermula daripada 5 hingga 9 Disember di IOI City Mall, Putrajaya sempena meraikan ulangtahun syarikat itu.

Sumber: The Vocket