Semalam, seorang kakitangan wanita Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftsbury Square di Cyberjaya pada malam Rabu.

matbawang.com

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, dalam satu kenyataan pada pagi ini berkata suspek pertama, seorang lelaki Yaman berusia 22 tahun ditahan kira-kira jam 12 tengah malam tadi di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

“Seterusnya tangkapan lanjut telah dibuat di Verdi Residence, Symphony Hills, Cyberjaya, Sepang yang mana dua lelaki Libya berumur 24 dan 20 tahun serta seorang wanita berumur 32 tahun berasal dari Sabah telah ditahan,” ujarnya.

“Sebuah kereta jenis Hyundai berwarna silver yang terlibat dengan kes turut dirampas,” menurut kenyataan tersebut.

Difahamkan, kesemua suspek adalah pelajar sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya dan salah seorang lelaki yang ditangkap mengaku memandu kenderaan Hyundai tersebut semasa kemalangan.

Sumber: mStar