Suami isteri yang juga suspek kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nur Aisyah Aleya Abdullah, tiga tahun, direman selama seminggu bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Difahamkan, perintah tahanan reman ke atas kedua-dua suspek yang berusia 37 tahun dan 40 tahun itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Majistret Langkawi, Mohd Ridzwan Salleh, selepas membenarkan permohonan polis.

Suspek dilihat tiba di perkarangan Mahkamah Langkawi, Kedah, sekitar pukul sembilan pagi tadi dengan diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi dan kemudian keluar dari mahkamah selepas satu jam 45 minit.

utusan.com.my

Selain itu, Superitendan Mohd Iqbal Ibrahim, mengesahkan tahanan reman ke atas suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro