Banyak cabaran yang perlu ditempuhi sebagai seorang atlet yang mewakili negara di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, atlet negara papan selaju, Fatin Syahirah Roszizi, dikecam netizen kerana gagal mempamerkan aksi cemerlang di Sukan Asia 2018.

IG Fatin Syahirah

Disebabkan menerima terlalu banyak kritikan, adik Fatin dilihat memadam semua gambar di akaun Instagram dan meminta maaf kepada semua.


Penyanyi terkenal, Yuna Zarai, membuat surat terbuka untuk adik Fatin supaya dia kembali bersemangat dan kuat menghadapi tohmahan-tohmahan daripada orang ramai.

Fatin, tiada apa yang lebih membanggakan saya daripada melihat seorang gadis berusia 16 tahun mewakili Malaysia dalam sukan. Dalam acara baru-baru ini, kami faham yang kamu terlalu gementar (saya pun gementar juga, sampai terlupa lirik semasa live di TV dan sebagainya). Tapi tak mengapa, akan selalu ada peluang lebih baik dan kamu akan beraksi lebih bagus. Saya percayakan kamu.

Ya, banyak cemuhan di luar sana tetapi mereka bukan pengemudi kapal kamu. Mereka tidak akan tahu macam mana rasanya menjadi kamu, melalui semua ini dan bangun semula. Mereka tidak mengalami semua ini, sebab itulah pengalaman ini sangat penting supaya kamu belajar daripadanya. Seperti mengatasi rasa takut kamu.

Dalam hidup ini, banyak liku supaya kamu boleh bangun dan kembali lebih kuat. Tak semua gadis boleh buat macam kamu, tak dapat peluang pun nak mewakili negara seawal umur 16 tahun! Kamu ada peluang jadi seseorang yang dikagumi, sahutlah! Ambil masa, regroup dan kembali training. Jangan pernah berhenti apa yang kamu suka. Saya sangat berbangga dengan kamu.

Selain Yuna, warga laman sosial turut memberi kata-kata semangat untuk adik Fatin agar dia tidak menyerah kalah dan kembali bersemangat. To adik Fatin, don’t give up!

Sumber: Twitter Yuna