Walaupun dilanda masalah membayar gaji pekerja, Kumpulan Utusan telah memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan operasai penerbitan surat khabar Utusan dan Kosmo seperti biasa.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir, menjelaskan bahawa operasi penerbitan kedua-dua akhbar tersebut akan diterbitkan seperti biasa, tetapi mereka akan menaikkan harga jualan akhbar.

“Harga akhbar Utusan Malaysia dinaikkan daripada RM1.50 kepada RM2 manakala Kosmo! dinaikkan kepada RM1.50 daripada RM1 bermula Jumaat ini,” ujarnya.

“Saya merayu kepada rakyat Malaysia kalau nak bantu Utusan, belilah akhbar, Kalau nak bantu Utusan, belilah iklan, dan langgan akhbar digital,” jelasnya.

“Bantuan beras mungkin membantu mereka sekarang ini. Tapi untuk jangka panjang kena bagi setiap hari. Tapi jika bantu dengan beli akhbar, akan dapat bantu semua untuk jangka panjang agar Utusan tidak ditutup,” katanya.

“Kita akan berusaha menyediakan berita yang relevan. Agenda kita adalah agenda negara,” sambungnya.

Untuk pengetahuan anda, Utusan mengalami masalah kewangan termasuklah pengurusan syarikat tidak mampu membayar gaji kakitangan dan pampasan kepada 800 bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Sumber: Sinar Harian & Astro Awani