Selepas gempar dengan pencemaran sisa bahan kimia Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, kini muncul isu terbaru apabila sebahagian Sungai Klang berdekatan Taman Eng Ann, Klang dikesan tercemar dengan bahan kimia yang masih belum dikenal pasti dipercayai dibuang pihak yang tidak bertanggungjawab, semalam.

bharian.com.my

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor(LUAS) Datuk Hashim Osman, memberitahu bahawa pihaknya mendapati bahan pencemar itu memasuki aliran air di kawasan tersebut pukul enam petang semalam.

“Kami sudah mengambil sampel bahan kimia itu dan kemudiannya dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi menentukan jenisnya,” ujarnya.

“Pemeriksaan awal mendapati bahan kimia itu mungkin dibuang dalam sebuah kolam yang kemudian memasuki longkang sebelum mengalir ke Sungai Klang,” jelasnya.

“Pencemaran itu tidak akan memberi kesan kepada bekalan air berikutan ia terletak di hilir Sungai Klang dan tidak berbahaya kepada manusia,” sambungnya.

Menurutnya, satu siasatan mendalam akan diadakan untuk mengetahui kes tersebut dengan lebih jelas dan pihak LUAS telah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Alam Sekitar(JAS) dan Majlis Perbandaran Klang(MPK).

Sumber: Harian Metro