Selepas selesai Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong terbaru hari ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, pula dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dalam mesyuarat tersebut.

bharian.com.my

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan dihadiri oleh semua Sultan serta Raja Melayu kecuali Kelantan itu memilih Sultan Perak sebagai Timbalan YDP Agong bagi tempoh sama iaitu tempoh lima tahun berkuatkuasa 31 Januari depan.

bharian.com.my

Difahamkan, kenyataan turut menyebut peruntukan Perenggan 3, Bahagian Pertama Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen.

bharian.com.my

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, memberitahu bahawa Perdana Menteri Malaysia juga telah dimaklumkan mengenai pelantikan terbaru ini.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan pada 7 Januari lepas berkata Majlis Raja-Raja memutuskan istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong baru dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditetapkan pada 31 Januari 2019.

Sumber: Harian Metro