Travel secara solo juga memberi banyak pengalaman yang indah buat seseorang. Ada yang suka menyendiri dan gemar melakukan aktiviti secara bersendirian.

Anda suka melancong secara solo? Jom melancong ke lima buah negara ini yang bakal membuatkan anda terpesona dengan lokasi-lokasi menarik. Mungkin golongan introvert berminat untuk melawat kelima-lima negara di bawah ini.

1. Tulum, Mexico

mexperience.com

Untuk pengetahuan anda, penyanyi kelahiran negara, Yuna, pernah berbulan madu di sini dan pantai-pantai di kawasan ini kelihatan tenang, sunyi dan tak sesak. Sesuai untuk anda yang sukakan ketenangan.

2. Finland

facebook.com

Ibu negara Finland, Helsinki, merupakan satu kawasan yang anda boleh lawati tanpa rasa risau kerana penduduk di situ tidak memasuki urusan orang lain dan anda boleh pergi ke mana-mana yang anda suka!

3. Iceland

icelandaurora.com

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa Iceland merupakan negara tumpuan dunia kerana ia mempunyai lokasi strategik untuk melihat Aurora Borealis, kolam air panas semulajadi, glacier dan banyak lagi.

4. Camino de Santiago, Sepanyol

travelmedia.ie

Mempunyai pemandangan indah luar bandar Sepanyol, anda boleh melihat landskap yang cantik di kawasan sekitarnya sama ada mahu mendaki bukit atau tidak.

5. Chiang Mai, Thailand

facebook.com

Rakyat negara ini pasti mengetahui negara jiran kita, Thailand mempunyai banyak lokasi menarik termasuk di Chiang Mai. Ia masih kurang sesak dengan pelancong berbanding lokasi tumpuan pelancong yang lain walaupun dikenali dalam kalangan pelancong.

Sumber: Cari