Hari Raya Aidilfitri kini semakin hampir, pasti ada di antara kita yang sudah memikirkan gaya untuk bergambar di pagi raya bersama keluarga tercinta.

Wanita dan selfie atau swafoto sememangnya sinonim kerana golongan ini gemar mengambil gambar untuk menambah keyakinan diri serta menyimpannya sebagai kenangan.

Seorang instafamous terkenal, Syafiqah Aina, berkongsi tips selfie “on point” yang anda boleh praktis sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba.

Tips selfie “on point”

  • Perlu ada cahaya semulajadi seperti cahaya matahari.
  • Sentiasa lihat kamera secara ke atas.
  • Elakkan latar belakang yang terang.
  • Daripada pegang telefon/kamera di depan wajah, alihkan kamera ke sudut yang lebih menarik.

Ha apa lagi, anda bolehlah praktis bermula hari ini. Mungkin anda akan lebih mahir berswafoto di pagi raya nanti bersama keluarga tersayang. 😉

Sumber: IG Syafiqah Aina & Hijabista