Memang best bila menonton televisyen atau membuat kerja sambil mengunyah jika bukan dalam bulan Ramadan atau pada waktu malam. Namun, tak semua makanan ringan sihat dan berkemungkinan mengandungi perisa makanan yang berlebihan.

Jika anda mempunyai waktu terluang pada hujung minggu, apa kata anda cuba resepi ringkas untuk membuat makanan ringan yang diperbuat daripada makaroni ini:

Bahan

Makaroni
Tepung goreng jenama Bestari
Daun Kari
Planta
Garam

Cara-cara

– Rebus air dalan periuk sampai mendidih. Tambah planta, garam dan makaroni. Gaul rata.
– Toskan makaroni dengan penapis.
– Gaulkan makaroni rebus dengan tepung goreng secukup rasa. Jika mahu lagi pedas, boleh tambah serbuk cili.
– Goreng makaroni bersama daun kari dalam kuali. Gunakan api sederhana. Sentiasa gaul supaya rasa rangup sebati dengan bahagian dalam makaroni dan elakkan minyak meletup.
– Angkat bila makaroni dah kering dan warna keemasan.
– Bila makaroni sudah betul-betul sejuk, masukkan dalam bekas untuk elakkan lemau.
– Selamat mencuba! 😉

Sumber: Fb Salmah Rabun