Jika di negeri Kelantan dan Terengganu terkenal dengan nasi kerabu, di negeri utara iaitu Kedah pula terkenal dengan nasi ulam yang sungguh menggiurkan.

Ia mudah dibuat dan anda boleh letak pelbagai bahan lagi mengikut citarasa anda seperti daging bakar, pelbagai jenis ulam, kacang panjang, kacang botol, petai dan bermacam-macam lagi bahan yang sesuai dimasukkan. Berikut merupakan resepi nasi ulam utara:

Bahan

Nasi putih
Ikan tenggiri masam
Kerisik

Bunga kantan
Lada hitam
Bawang besar
Serai
Garam
Ulam-ulaman:
– Daun selom
– Daun kunyit
– Ulam raja
– Tenggek burung
– Daun laksa
– Pucuk ubi
– Pucuk mengkudu
– Daun limau purut
– Pucuk asam gelugor

Cara-cara

– Cuci kesemua daun ulam.
– Keringkan dan kemudian potong sehalus mungkin.
– Ikan tenggiri masam digoreng garing dan dihancurkan.
– Selepas itu, bawang besar, bunga kantan dan serai dipotong halus.
– Lada hitam ditumbuk halus.
– Gaulkan semua ulam bersama isi ikan, lada hitam dan garam.
– Selepas sebati, campur semua bahan ke dalam bekas nasi dan gaul dengan nasi hingga sebati.
– Siap! 🙂

Sumber: Fb Resepi Orang Kita