Keropok jenama Twisties sudah lama dijual sejak kita kecil hingga sekarang. Pernahkah anda terfikir rupanya senang betul buat keropok ini? Jom cuba buat Twisties homemade menggunakan resepi daripada seorang pengguna laman Facebook, Raja Niza ini.

Bahan

Sedikit minyak masak
Satu paket laksa kering
Sedikit serbuk Cheese
Sedikit serbuk Kari

Cara-cara

– Campurkan sekali serbuk cheese dan serbuk kari dalam satu mangkuk.

– Goreng laksa menggunakan minyak yang betul-betul panas.

– Goreng betul-betul hingga kembang supaya tak keras bila makan.

– Sejukkan sekejap dan tuang campuran serbuk kari dan serbuk cheese ke atas laksa goreng tadi.

– Masukkan kesemuanya ke dalam bekas tupperware atau bekas kedap udara. Goncang hingga serbuk dan laksa goreng sebati.

– Siap! Selamat mencuba 🙂

Sumber: Fb Raja Niza