Vietnam mempunyai tarikan tersendiri hinggakan ramai pelancong datang ke sana setiap tahun. Malah, rakyat Malaysia juga semakin ramai melancong ke sana kerana keunikan budaya, makanan dan lain-lain lagi.

Saigon mempunyai pelbagai pasar yang menarik untuk dikunjungi kerana menjual pelbagai kraf tangan, makanan tradisional, bunga-bunga segar, barangan antik dan banyak lagi.

1. Pasar Ben Thanh

blog.christinas.vn

Pasar ini telah beroperasi sejak tahun 1914 hingga sekarang dan merupakan salah satu pasar tertua di Saigon. Di sini ada banyak barangan dijual seperti pakaian, kasut, tekstil, barang perhiasan dan sebagainya.

2. Pasar Tan Dinh

facebook.com

Selain itu, pasar Tan Dinh menjadi pilihan orang ramai kerana menawarkan tekstil pada harga murah dan makanan tempatan yang enak. Ramai suka datang ke pasar ini kerana mahu mencuba makanan yang dijual.

3. Pasar Bunga Ho Thi Ky

facebook.com

Pasar bunga ini beroperasi sejak tahun 80-an lagi dan mempunyai pelbagai jenis bunga dijual hinggakan ada yang sesat tidak jumpa jalan keluar kerana lorong-lorong pasar ini dipenuhi bunga. Anda pasti akan rambang mata kerana bunga-bunga dijual di sini cantik-cantik belaka dan segar.

4. Pasar Antik

blog.christinas.vn

Pasar ini wujud sejak sembilan tahun lalu iaitu pada tahun 2009. Menawarkan pelbagai barangan antik yang telah wujud beberapa dekad lalu untuk pencinta barangan antik.

5. Pasar Kontena Eco Box

blog.christinas.vn

Terakhir sekali, keunikan pasar ini adalah penjual-penjual di sana menggunakan kontena berwarna-warni dihiasi dengan gambar bendera dari seluruh dunia.

Ia sebenarnya gabungan tempat membeli-belah serta tempat makan di mana anda boleh membeli barangan seperti pakaian, kosmetik, cenderahati, alat permainan dan banyak lagi. Malah, setiap malam pula diadakan persembahan akustik dan drama di pasar kontena ini.

Sumber: Cari