Pertunangan antara penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy nampaknya tidak berakhir dengan pengakhiran yang gembira apabila mereka telah putus tunang baru-baru ini.

Berikutan itu, Sufian telah mengubah caption gambar pertunangannya dengan Elfira membuatkan warga laman sosial berasa sedih membacanya.

“Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (Sudah pasti, satu daripada hari terbaik salam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenalimu, sayang (6 Oct 2017),” tulis Sufian.

Status itu diubah selepas mereka berdua disahkan putus tunang serta cincin pertunangan juga telah dipulangkan.

IG Sufian Suhaimi

Ramai peminat Sufian memberi kata-kata semangat kepadanya dan memintanya bersabar serta kuat menghadapi dugaan.

Sumber: mStar