Sempena Hari Sandwic Sedunia pada hari ini, pihak Subway Malaysia telah mengadakan promosi yang pastinya membuatkan anda tertarik iaitu promosi beli satu percuma satu.

Difahamkan, promosi ini hanya valid untuk hari ini sahaja di semua cawangan Subway Malaysia. Anda harus membeli sandwic enam inci bersama set minuman untuk mendapatkan promosi istimewa tersebut.

Untuk pengetahuan anda, promosi ini berlangsung sehingga pukul 9 malam ini sahaja. Dinasihatkan agar anda datang bersama rakan jika mahu membeli lebih kerana dikatakan seorang hanya boleh menerima dua sandwic percuma.

Setiap pembelian yang dibuat, RM1 akan didermakan kepada badan amal. Anda bukan saja kenyang, malah dapat membuat kebaikan dalam masa yang sama. Nampaknya dah tahu nak makan apa untuk lunch hari ini. 😉

Sumber: The Vocket