Nedim Nazri, suami kepada Nora Danish berbesar hati untuk membantu seorang bayi yang menghidap penyakit ekzema kritikal.

IG Boss_Ned

Menerusi perkongsian yang di muat naik di Instagram lawak_ke_der, lelaki bernama Danial Rayyan meminta doa buat anaknya yang sedang menghidap ekzema kritikal dan perlu dirujuk setiap minggu ke hospital untuk rawatan.

“Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.. Anak saya disahkan menghidap penyakit ekzema kritikal. Saya tak sampai hati melihat baby menangis setiap hari menanggung kesakitan. Setiap minggu baby refer di HSA JB. Saya mohon doakanlan anak saya semoga sembuh dari penyakitnya. Terima kasih,” tulisnya.

Nedim pada bahagian komen menyatakan hasratnya untuk menaja kos perubatan bayi berkenaan termasuk kos penginapan, penerbangan untuk ibu dan bapa, dan juga kos perubatan.

Tindakan Nedim yang juga merupakan seorang bapa telah dipuji netizen.

Good job, Nedim!

Sumber: AstroAwani.Com