Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Seorang pengguna laman Facebook, Ida Abdul, berkongsi sebuah video rakaman kejutan yang dibuat untuk suaminya.

Menurut video itu, Ida membuat kejutan terhadap suaminya untuk memberitahu bahawa dirinya sedang hamil.

Suaminya yang terkejut itu terus mengalirkan airmata kegembiraan di sebalik kopiah yang menutupi mukanya.

Selain itu, warga laman sosial turut mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan dan mendoakan yang terbaik untuk Ida serta bayi yang dikandungnya.

Sumber: Oh Bulan & FB Ida Abdul