Terbaru, pasangan suami isteri ‘mingguan’ boleh memohon kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) untuk masuk ke negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan prosedur operasi standard(SOP) yang diperkenalkan adalah sama dengan SOP PKPB yang dilaksanakan pada Mei lalu.

“Mereka perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan memaklumkan mengenai tujuan dan menunjukkan bukti,” ujarnya.

“InsyaAllah, polis akan benarkan, untuk lebih maklumat, orang ramai boleh menyemak di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” jelasnya.

Sumber: Harian Metro