Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan sejak hampir sebulan lalu, rakyat negara ini mengambil peluang untuk membeli stok makanan yang mencukupi untuk keluarga masing-masing.

Malah, ada yang terpaksa keluar ke pasaraya atau pasar berdekatan rumah untuk menambah stok bekalan makanan pada setiap minggu kerana bekalan makanan semakin berkurangan akibat selalu memasak pada setiap hari.

Selain itu, ketibaan bulan Ramadan turut membuatkan orang ramai menambah stok makanan harian seperti beras, makanan basah, sayur-sayuran dan banyak lagi untuk makan berbuka puasa serta bersahur.

bebasnews.my

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan bahwa secara keseluruhannya bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan semasa.

Selain itu, penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian 25 jenis bekalan di 1,203 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (925), pemborong (247) dan pengilang (31).

bernama.com

“MOA juga memberi jaminan selain beras, barang makanan basah seperti sayur-sayuran juga lebih daripada mencukupi,” ujarnya.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian kerana ia dijamin mencukupi,” katanya.

“Barang segar pula kami dapati bukan tidak mencukupi malah berlebihan. Oleh itu, walaupun bulan puasa tiba dari segi soal keperluan asas orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia lebih daripada mencukupi,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro