Ramai yang menyokong kempen untuk tidak menggunakan bekas makanan atau minuman yang susah dikitar semula dan kita boleh lihat kebanyakan peniaga tidak lagi menggunakan bekas polisterin di kedai makan.

Usaha yang dilakukan oleh rangkaian kopi terkenal dunia, Starbucks, dalam menyokong untuk memelihara alam sekitar adalah mereka bakal menggunakan bekas penutup minuman baru yang tidak lagi memerlukan penyedut minuman atau straw plastik.


Menurut akaun rasmi Starbucks di laman Twitter, pihaknya mengumumkan mereka tidak akan menggunakan straw plastik pada tahun 2020 akan datang.

Difahamkan, perubahan itu akan dilakukan secara berperingkat di semua cawangan Starbucks seluruh dunia bermula dengan cawangan di Amerika Syarikat pada hujung tahun ini dan kemudiannya dilakukan di cawangan Eropah pada tahun depan.

Malah, penutup bekas minuman ini juga diperbuat daripada bahan biodegradable iaitu bahan mudah lerai untuk menjaga alam sekitar.

Sumber: The Vocket