Sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan(SST) diperkenalkan semula pada September lepas, ia berjaya menurunkan harga 291 jenis barangan.

malaysiagazette.com

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, memberitahu bahawa kajian yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) menunjukkan bahawa 70 peratus daripada 417 barangan merangkumi enam kategori mengalami penurunan harga.

“Satu kajian telah dibuat oleh KPDNHEP ke atas pelaksanaan SST dari sudut harga bagi 417 barangan merangkumi enam kategori iaitu barangan segar (136), barangan kering (25), barangan berbungkus, tin, pek dan botol (59), minuman (25), makanan dan barangan bayi (49) dan barangan kebersihan (23),” jelasnya.

“Dari analisis perubahan harga dibuat berdasarkan perbandingan harga purata antara bulan Mei 2018 dan September 2018 secara keseluruhanya, 70 peratus atau 291 barangan mencatatkan penurunan, 27 peratus atau 115 item mengalami kenaikan purata dan tiga peratus, 11 item tiada perubahan harga,” katanya.

Walau bagaimanapun, apa yang berlaku kini ialah penurunan itu tidak digembar-gemburkan berbanding 27 peratus barangan yang mengalami kenaikan memberi impak seolah-olah SST menyebabkan kenaikan kepada keseluruhan harga barangan.

“Kita sasarkan untuk kutip RM22 bilion SST pada tahun 2019 iaitu cukai jualan sebanyak RM13.8 bilion manakala cukai perkhidmatan RM8.2 bilion,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian