Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, pagi ini berkaitan satu siasatan kes rasuah.

worldofbuzz.com

Dia ditahan selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terdahulu hari ini dan bakal menghadapi pertuduhan di mahkamah petang ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, penahanan telah dibuat pada pukul 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, Musa Aman akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

“Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 November, 2018, jam 2 petang, untuk pertuduhan tersebut,” jelas kenyataan SPRM.

Sumber: Astro Awani