Banyak nama jalan dan tempat dalam Malaysia yang agak unik dan seram untuk didengar. Kebanyakan nama-nama pelik dan unik ini direka oleh penduduk setempat kerana senang untuk mereka merujuk kepada sesuatu tempat.


Seorang pengguna Twitter, @ira_SCA, berkongsi cerita mengenai rakannya yang memanggil pemandu Uber dan memberitahu mereka sudah berada di tempat yang diberi nama “Padang Mahsyar”.

Pemandu Uber itu terkejut mendengar nama tempat tersebut dan memberitahu dia tidak bersedia lagi untuk ke sana (Padang Mahsyar) kerana menyangkakan tempat dituju itu betul-betul Padang Mahsyar.

Walaupun kedengaran pelik, tetapi nama padang itu memang wujud dalam Google Maps tau! Padang itu popular dalam kalangan pelajar UiTM Kampus Puncak Alam.

Mungkin padang itu mempunyai nama lain yang lebih elok tetapi sukar diingati oleh pelajar, jadi mereka memanggil nama padang berkenaan dengan nama yang mudah diingati dan menarik.

Bukan itu sahaja, di UiTM Dengkil pula ada padang diberi nama Padang Maksiat. Kalau lalu padang ni kena cepat bertaubat kot?

Ada lagi tak nama padang atau tempat yang pelik dan unik di tempat tinggal anda?

Sumber: Twitter @ira_SCA