Ada dalam kalangan kita yang terpaksa keluar mencari rezeki sebelum terbit matahari untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, tempat kerja yang jauh dan banyak lagi.

Seorang pengguna Facebook, Nur Azila, berkongsi satu perkongsian di akaun miliknya mengenai gambar daripada rakannya yang melihat sesuatu yang menakjubkan.

Menurutnya, rakannya bernama Salimah dalam perjalanan dari Perlis ke Butterworth menggunakan pengangkutan awam Keretapi Tanah Melayu(KTM) melihat beberapa orang lelaki membentangkan sejadah serta mendirikan solat Subuh semasa masuk waktu Subuh.

“Tren tu dari Padang Besar tetapi saya naik di KTM Arau pukul 5.44 pagi. Kiranya itu tren pertama pagi tu dan saya duduk koc hujung,” ujar Salimah.

“Tiba-tiba sekumpulan lelaki macam berkumpul dekat hujung koc bawa sejadah. Rupa-rupanya mereka nak solat berjemaah,” jelasnya.

Menurutnya, dia terkejut melihat pemandangan yang jarang dilihatnya sebelum ini dan mengagumi para lelaki tersebut kerana begitu menjaga solat tidak kira di mana saja mereka berada.

“Sebaik mereka selesai solat dan masing-masing duduk, tiba-tiba ada penumpang dari koc lain pula datang bawa sejadah. Rupa-rupanya koc hujung tu tempat biasa mereka gunakan untuk solat,” katanya.

Semoga kisah yang dikongsikan oleh Salimah dan rakannya, Nur Azila, dapat memberi inspirasi kepada mereka yang memulakan hari pada awal pagi. Solat itu tiang agama okay! 🙂

Sumber: mStar & FB Nur Azila