Selepas menerima berita terkini mengenai kehilangan seorang rakyat Malaysia dalam insiden tembakan di Christchurch, New Zealand, Kementerian Luar mengesahkan Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, disahkan meninggal dunia dalam insiden tersebut.

kosmo.com.my

Berikutan itu, masjid di seluruh negara disarankan untuk melakukan solat jenazah untuk allahyarham Haziq selepas solat Jumaat esok, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

“Pengesahan Wisma Putra, hari ini berhubung remaja Malaysia, Muhammad Haziq sebagai salah seorang mangsa yang terkorban amat mendukacitakan,” ujarnya.

“Sehubungan itu, mohon semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham esok,” katanya.

Gambar sekadar hiasan

“Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham Muhammad Haziq dan semoga beliau ditempatkan bersama orang yang soleh,” sambungnya.

Difahamkan, Mujahid akan berangkat ke New Zealand dan dijangka tiba pada hari esok untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terjejas di sana selain menunaikan solat Jumaat serta solat jenazah di salah sebuah masjid yang diserang dan menyampaikan khutbah Jumaat.

Sumber: Harian Metro