Ramai tidak sedar bahawa golongan bapa tunggal juga mungkin mengalami kesukaran dalam membesarkan anak-anak sendirian dan perlu diberi perhatian jika ada di antara mereka memerlukan bantuan.

Gambar sekadar hiasan

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, kerajaan Negeri Sembilan sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan skim bantuan kepada bapa tunggal menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat jika ada permohonan.

“Sebenarnya tidak ada bantuan kepada bapa tunggal tetapi kita akan pertimbangkan jika ada keperluan. Setakat ini, kita tidak terima apa-apa permohonan,” ujarnya.

“Kalau ada memang kita sedia untuk membantu. Tetapi apa yang kita ada sekarang di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, iaitu Papacare dan mungkin ini menjadi permulaan,” katanya.

Sumber: Astro Awani & Bernama