Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39 tahun, merasmikan penubuhan tabung kebajikan Sitizoner sempena ulang tahun kelab peminatnya yang ke-14.

Tujuan tabung itu ditubuhkan bagi membantu ahli Sitizoner jika mereka ditimpa musibah atau dalam kesusahan.

“Insya-Allah ia akan berterusan setiap tahun. Tapi terpulang pada individu yang ingin menderma pada bila-bila masa,” katanya.

Malah, empat orang peminat turut menerima sumbangan pada majlis tersebut iaitu Irham Hafidz, keluarga Allahyarham Darjadi Duprayitno Dapat dari Indonesia, Shaihanim Shariff dan dari Singapura zarina Omar atau dikenali sebagai Che Puteh.

Menurut Siti, sebenarnya tabung kebajikan itu sudah lama ditubuhkan tetapi ia hanya aktif di akaun Facebook rasmi kelab peminatnya sahaja.

Sumber: mStar