Pasti ramai di antara kita mengambil kesempatan untuk khatam al-Quran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) fasa keempat dilakukan.

Bertuahnya kita dapat fokus beribadah pada Ramadan kali ini selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan solat terawih bersama-sama di rumah.

Pelakon terkenal, Siti Elizad, turut mengambil peluang ini dengan menghabiskan bacaan al-Quran selama sebulan bersama suami tersayang.

Dia turut berkongsi tips bagaimana untuk khatam al-Quran dalam tempoh tersebut dengan para pengikutnya di laman sosial Instagram.

“Saja berkongsi, macam mana boleh khatam sebulan? Kebiasaannya famili kami ikut trick cara ni, cumanya untuk isteri-isteri, wanita kena lebihkan sikit halaman tu sebab kita kan ada bulan mengambang tujuh atau lapan hari, jadi kena extra sikit,” ujarnya.

“Untuk satu kali khatam, solat Subuh empat halaman, solat Zohor empat halaman, solat Asar empat halaman, solat Maghrib empat halaman dan solat Isyak empat halaman,” jelasnya.

“Jadi boleh cuba untuk Ramadan ni okay. Selamat mencuba,” tambahnya lagi.

“Alhamdulillah saya ada peluang khatam al-Quran untuk musim PKP ini sambil kerja dari rumah. InsyaAllah esok(hari ini) boleh mula yang baru untuk Ramadan tahun ini,” sambungnya.

Selain itu, Elizad turut menambah tips dengan menyatakan telefon bimbit harus diletakkan jauh semasa mengaji dan selesai solat bagi mengelakkan selalu memeriksa telefon.

Sumber: mStar & IG Siti Elizad