Penggunaan sistem pengecaman frekuensi radio (RFID) bukanlah perkara baru di luar negara kerana ia sudah lama digunakan di beberapa negara besar seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan.

Sistem RFID menggunakan pelekat yang dibenamkan bersama cip frekuensi radio yang akan ditampal pada kenderaan.

paultan.org

Selain itu, pelekat tersebut akan dihubungkan dengan aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk memudahkan pengguna menyemak baki atau menambah kredit menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit atau debit.

Umum mengetahui sistem terbaru itu bakal menggantikan penggunaan peranti SmartTAG yang telah ditamatkan penjualan di kesemua saluran yang diberi kuasa olehnya (authorised channels) berkuatkuasa semalam.

Walau bagaimanapun, sesiapa yang memiliki peranti SmartTAG masih lagi boleh menggunakannya di kesemua lebuh raya di negara ini.

Di samping itu, Touch ‘n Go akan memperkenalkan fasa awal RFID ke atas orang awam yang berminat untuk mencuba sistem tersebut mulai bulan depan.

Ia akan membantu pihak Touch ‘n Go membuat penambahbaikan pada sistem berkenaan sebelum dilaksanakan tahun depan.

Anda boleh layari laman web rasmi Touch ‘n Go untuk mendaftar jika berminat untuk mencuba sistem RFID terbaru itu.

Sumber: mStar