Kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) kini mengalami gangguan sistem tergendala buat sementara waktu, hari ini.
UPDATE: Our MYairports mobile application is currently unserviceable as a result of the temporary systems disruption at KL International Airport. Please approach our airport staff should you require any information or assistance. #MYairportsupdates
— Malaysia Airports (@MY_Airports) August 22, 2019
Gangguan itu telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan(FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi(BHS).
Operator lapangan terbang itu, Malaysia Airports dalam kenyataan berkata gangguan itu bermula malam tadi dan kini sedang diperbaiki.
“Semua kakitangan lapangan terbang yang berkaitan ditugaskan untuk membantu penumpang di lapangan kerana kami menjangkakan keadaan ini akan berterusan sepanjang hari ini,” katanya.
UPDATE: We would like to inform you that we are currently experiencing temporary systems disruption at both terminals in KL International Airport. Passengers are advised to reach the airport at least 4 hours before their flight departure time. pic.twitter.com/53tLbsVZ9H
— Malaysia Airports (@MY_Airports) August 22, 2019
Malaysia Airports juga menasihati para penumpang untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas penerbangan mereka dan memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan terkini.
“Sejak gangguan itu (berlaku), pasukan kami telah bekerja sepanjang masa, bukan hanya untuk memulihkan keadaan tetapi juga meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang,” tulisnya.
“Kami akan mengeluarkan maklumat terkini selanjutnya mengenai situasi ini sama ada menerusi platform media sosial atau siaran akhbar. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” ujar pihak Malaysia Airports.
Sumber: Astro Awani & Bernama