Negara jiran, Singapura, tidak akan mengadakan ibadah korban pada tahun ini selain haiwan ternakan tidak akan diimport ke republik itu berikutan penyebaran wabak Covid19 yang berlaku pada ketika ini.

Difahamkan, masjid setempat akan menganjurkan korban di Australia kemudian akan menghantar daging tersebut ke Singapura, lapor Berita Harian Singapura.

Menurut pengumuman Majlis Ugama Islam Singapura(Muis) semalam, pihak masjid akan melantik dan bekerjasama dengan penyedia khidmat yang perlu bagi memastikan pematuhan semua peraturan kawal selia yang ditetapkan Agensi Makanan Singapura(SFA) dalam proses mengimport produk daging.

“Masjid juga akan meneruskan amalan mengagihkan sebahagian daging itu kepada keluarga bergaji rendah dalam masyarakat,” katanya.

“Rancangan itu akan membolehkan masyarakat Islam setempat menjalankan ibadah penting ini,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro