Jika sebelum ini terdapat seorang gadis Melayu berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir Miss Universe New Zealand dan mendapat tempat kelima dalam pertandingan ratu cantik itu, kini seorang gadis berhijab(walaupun tidak berhijab sepenuhnya) berasal dari Huddersfield pula mencuri tumpuan dengan berjaya ke peringkat akhir Miss England.

ladbible.com

Sara Iftekhar, berusia 20 tahun dan merupakan seorang pelajar undang-undang berharap dia dapat memenangi pertandingan tersebut dalam acara akhir di Kelham Hall, Nottinghamshire minggu depan.

Gadis beragama Islam itu amat gembira berjaya hingga ke peringkat akhir kerana terdapat ramai peserta yang tidak kurang hebatnya.

“Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa dan sesuatu yang tidak akan saya lupakan. Peluang yang saya terima dengan menjadi finalis di Miss England adalah peluang yang cukup luar biasa dan selama-lamanya berterima kasih,” tulisnya di Instagram.

“Saya menyertai Miss 2018 untuk menunjukkan kecantikan itu tidak mempunyai definisi, semua orang cantik dengan cara mereka sendiri, tanpa mengira berat, bangsa, warna atau bentuk mereka,” tulisnya di halaman GoFundMe.

Dia bakal menghadapi saingan daripada 49 ratu cantik lain dalam pertandingan akhir yang berlangsung pada Selasa nanti.

Jika berjaya, Sara akan mewakili England dalam pertandingan Miss World 2018 yang akan berlangsung di Sanya, China. All the best, girl!

Sumber: Wanista