Pelakon terkenal, Fizo Omar, berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah haji baru-baru ini di laman Instagram.

View this post on Instagram

Bermalam di Mudzalifah antara salah satu moment perjalanan haji yg xdpt aku lupakan dan memberi kesan mendalam dalam kehidupan aku. . Bak kata Ulama, suasana ini diibaratkan seakan akan padang Masyar nanti.beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita. . Siapa pun kau tetap sama sahaja.bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Mudzalifah dgn penuh harapan keampuanan dari Allah. . Pelbagai bangsa dr seluruh pelusuk dunia berkumpul dgn niat Lillahitaala tanpa mengira pangkat,darjat dan keturunan.kita sama sahaja di mata Allah.hanya amalan kita shaja membezakan kita semua. . Saat ini kita diuji tahap kesabaran dan pengorbanan kita dlm menjalankan tanggungjawab kita utk rukun Islam ke-5 ini. . Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat utk ke sini dan rasai lah apa yg aku dah lalui.kalau dah mampu,xperlu ditanggung lagi kerana ia bkn shaja menjalankan rukun,tp pada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran sang pencipta. . Semoga aku dijemput lagi dan dapat merasai pengalaman yg sgt berharga yg memberi keinsafan sehingga membuatkan aku merasa betapa kerdilnya diri ini. . Syukur Ya Allah aku diberi peluang yg sgt berharga ini.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Menurutnya, bermalam di Muzdalifah merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan memberi kesan mendalam terhadap kehidupannya.

“Bak kata Ulama, suasana ini diibaratkan seakan akan Padang Mahsyar nanti. Beginilah keadaan kita semua menanti saat dipanggil dan dihitung amalan duniawi kita,” ujarnya.

“Siapa pun kau tetap sama sahaja. Bayangkan jutaan manusia bermuhasabah diri di Muzdalifah dengan penuh harapan keampuanan dari Allah,” katanya.

“Kita sama sahaja di mata Allah hanya amalan kita shaja membezakan kita semua. Saat ini kita diuji tahap kesabaran dan pengorbanan kita dalam menjalankan tanggungjawab kita untuk rukun Islam ke-5 ini,” jelasnya.

Selain itu, Fizo turut mengajak orang ramai yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah berkenaan dan rasai sendiri pengalaman berada di Tanah Suci bersama umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.

“Wahai sahabat sekalian, pasanglah niat untuk ke sini dan rasailah apa yang aku dah lalui. Kalau dah mampu, tak perlu ditanggung lagi kerana ia bukan sahaja menjalankan rukun, tapi pada aku pengalaman sebuah perjalanan mengenali diri sendiri dan mengenal kebesaran sang pencipta,” tambahnya.

“Semoga aku dijemput lagi dan dapat merasai pengalaman yang sangat berharga yang memberi keinsafan sehingga membuatkan aku merasa betapa kerdilnya diri ini. Syukur Ya Allah aku diberi peluang yang sangat berharga ini,” sambungnya.

Sumber: Gempak