Selangor bakal mendapat menteri besar baru selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, bakal menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tak lama lagi.

Difahamkan, Sultan Selangor memberi perkenan kepada Azmin untuk memegang jawatan baru itu di samping kekal sebagai menteri besar buat sementara waktu ini.

Ramai tertanya-tanya siapakah yang bakal menyandang jawatan dan menggantikan Azmin selepas ini dan beberapa nama juga “naik” kerana dilihat sesuai untuk menggantikan Azmin.

Menurut Penganalisis politik, Che Hamdan Che Mohd Razali, berkata dia berpendapat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua dan anggota Exco kerajaan negeri, Amirudin Shari, menjadi pilihan sesuai di samping seorang lagi Adun dari Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin yang dikatakan mempunyai banyak pengalaman.

“Amirudin tidak dinafikan masih muda dan berpengalaman dalam kerajaan negeri selepas dilantik sebagai Exco untuk penggal kedua, namun orang lebih nampak beliau sebagai ‘orang Azmin’ dan beliau juga berasal dari Johor,” ujarnya.

“Cuma pengalaman daripada segi dalam organisasi dan parti saya rasa tidak ada masalah untuk Dr Shaharuddin yang merupakan anak jati Selangor. Beliau berpengalaman dalam PKR sebagai naib presiden dan dari segi diplomasi, beliau boleh jadi ‘jambatan’ antara parti-parti dalam PH selain mampu jalin hubungan baik dengan gerakan-gerakan sivil hasil pengalaman beliau sebagai aktivis ABIM,” jelasnya.

Diharap pengganti Azmin dapat melaksanakan tugas dengan baik seperti dirinya yang mentadbir Selangor sebelum ini.

Sumber: mStar