Antara perkembangan terbaru Muammar ialah apabila si kecil itu tidak berapa mahu makan serta enggan disuap olehnya.
“Muammar dah masuk fasa tak nak makan sangat. Makan dua tiga suap lepas tu tak nak dah, tapi aktif dia ya rabbi. Namun, tanpa gagal, tetap juga mommy sediakan makanan untuk dia setiap hari walaupun hujung-hujung banyak buang je,” ujarnya.
“Bubur, nasi lembik, pasta dia tak berminat sangat dah. Tapi bila bagi nasi impit dia selera pula. Tu pun dia tak nak orang suap ya! Dia nak makan sendiri,” jelasnya.
“Fasa anak ni memang akan berubah-ubah. Sebab secara fizikal dan mental diorang pun berubah ikut peredaran masa. Jadi, ya normallah selera dorang berubah, akal pun makin banyak,” katanya.
Berikut merupakan tips yang dikongsi oleh Tasha buat ibu-ibu muda di luar sana yang mengalami situasi sepertinya iaitu mengajar anak kecil makan sendiri:
Asingkan setiap makanan/lauk dalam mangkuk berbeza