Penyanyi terkenal, Shila Amzah, sememangnya terkenal di persada antarabangsa terutama di China. Malah, dia pernah memenangi Asian Wave dan terus melakar nama di negara tersebut.

Baru-baru ini, penyanyi cantik itu sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya merangkul dua anugerah di Zhengzhou, China.

Menurut ibu Shila, Puan Fauziah, memuatnaik gambar anaknya memegang dua trofi di laman Instagram dan mengucapkan tahniah kerana memenangi anugerah Most popular South East Asian Artiste dan Hottest International Artiste.

“Pada mak ni antara hadiah terbaik sempena hari jadi kakak yang ke-28 tahun pada 13 Ogos ni. Alhamdulillah. Love you so much,” tulisnya.

Di samping itu, peminat Shila turut mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada penyanyi kegemaran mereka itu.

Sumber: IG mamazie68