Jepun merupakan salah satu destinasi pelancongan kegemaran rakyat Malaysia, jadi tidak hairan la ramai rakyat negara kita bercuti ke negara matahari terbit itu setiap tahun.

Pelakon cantik, Sherry Ibrahim, juga tidak terkecuali melancong ke negara yang kaya dengan budaya itu dan sempat memberi beberapa tips atau pantang-larang ketika berada di sana:

1. Harus tepati masa

Kita sedia maklum rakyat Jepun sentiasa menepati masa dalam kehidupan harian mereka termasuk waktu operasi kedai. Anda akan dihalau jika tour kedai melebihi waktu operasi kedai.

2. Tidak boleh ambil gambar sesuka hati

Selain itu, anda dilarang mengambil gambar atau video sembarangan termasuklah mengambil gambar semasa pekerja kedai sibuk membungkus makanan dan mereka yang berpakaian baju Harajuku.

3. Telefon kena dalam mode silent dalam keretapi

Malah, anda harus menukar mode telefon bimbit kepada mode senyap kerana anda bakal dimarahi jika bercakap dalam nada kuat serta bunyi telefon yang kuat.

Sumber: Cari